Selasa, 18 Disember 2012

TIP HILANGKAN PANAS BARAN CARA ISLAM



MENGUBAH POSISI

⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya : 
|Apabila kamu marah,dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan.Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring| |Riwayat Muslim|

BERWUDUK

⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:
|Marah datangnya daripada syaitan,dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu apabila kamu marah,maka hendaklah berwuduk| |Riwayat Abu Daud|

MEMBACA TA'AWUZ

⇨ Lafaznya ialah : ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
Maksudnya: |Ya Allah,lindungi aku daripada syaitan yang direjam|

BERZIKIR

⇨Banyak berselawat,berzikir,bertahmid,bertahlil dan bertakbir.

KAWAL LISAN

⇨Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri.katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.

MINUM AIR

⇨ Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan.

BERKATA KEPADA DIRI

⇨ Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga .Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.

Selasa, 11 September 2012

Inikah ertinya CINTA

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenap dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', selamat hari minggu','selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu la dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9. orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selsema, batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu kerana dia bimbangkan tentang kamu, pedulikan tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan akan menhadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat hatinya tiba dia mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberi suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13. orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup keran kamu telah menggegarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran  yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh di mata, jauh di hati?
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100kali  dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirimkan SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia        tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu.
20. Kalau kamu melihat handphonenya maka nama kamu akan menghiasi sebhgian besar INBOXnya. Dia masih menyimpan SMS dari kamu wlpn ia kamu kirimkan berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat2 kamu ditempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda berharga buatnya.
21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri drpdnya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dr kehidupan kamu, wlpn hal itu membunuh hatinya.
22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23. Orang yang begitu mencintai, tidak prnah memaksa kamu mberinya sbb dan alasan, wlpn hatinya meronta ingin mengetahui, krn dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya, Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta..

(  PERNAH ADAKAH ORANG YANG BERBUAT SEPERTI DI ATAS KEPADA KAMU? JIKA ADA, JANGAN PERNAH MENSIA-SIAKAN ORANG TERSEBUT.. KAMU AKAN MENYESAL MELAKUKANNYA! )

Khamis, 22 Mac 2012

Empat Jenis Lelaki Ditarik Perempuan Ke Neraka

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul…
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
 4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
 Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
 Firman Allah SWT:-
4 jenis lelaki ditarik perempuan ke neraka
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam – Harakahdaily.

Tanggungjawab Seorang Anak Lelaki

Sahabat yang dimuliakan,


Apabila seorang lelaki Muslim berkahwin ia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin dan asas pendidikan Islam. Dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami. Bila dikurniakan anak-anak maka tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.


Walaubagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.


Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :


“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”


Jawab Nabi “Ibu kamu”


“Selepas itu?”-


“Ibu kamu”


“Selepas itu?”-


“Ibu kamu”


Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”


Jawab Nabi “Ayah kamu”


Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."


Hadis di atas menjelaskan selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.


Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).


Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.


Sahabat yang dimuliakan,


Seorang wanita apabila telah berkahwin, segala tanggungan dirinya adalah adalah dibawah tanggungan suaminya. Amanah ini terlah diserahkan oleh bapa wanita tadi kepada suaminya.


Bagaimana pandangan Islam kedudukan wanita tersebuat terhadap ibu bapanya?


Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa. Wanita kena mentaati suaminya dan diberi keutamaan daripada arahan ibu bapanya kerana tanggungjawab dan ketaatan isteri perlu diberikan kepada suaminya. Walaubagaimana pun Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika ada sesuatu keperluan ia ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.


Pihak suami perlu ingat bahawa setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Perlulah diberi kasih sayang dan segala keperluan dan hajat mereka berdua jika mereka terdiri daripada orang miskin perlulah diberi bantuan .


Kedua-duanya (suami dan isteri) wajib berbuat baik kepada kedua orang tua (kedua-dua belah pihak) selagi ada hayat mereka di dunia ini. Berbuat baik dalam erti kata menyenangkan hati kedua-duanya dan menjaga serta memberikan apa-apa keperluan mereka. Anak perempuan tidak terlepas tanggungjawab dan berbakti kepada orang tuanya. Jika dia mampu dia juga hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.


Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga. Sebab itulah dalam Islam anak lelaki beroleh 1/2 nisbah faraid berbanding dengan anak perempuan, ini menunjukkan betapa Islam menghargai tanggungjawab yang dipikul oleh anak lelaki sebagai ketua keluarga.


Namun pendapat yg mengatakan anak perempuan langsung tidak mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa selepas berkahwin adalah salah sama sekali. Cuba bayangkan jika ibu bapa itu mempunyai 6 orang anak dan kesemuanya adalah perempuan adakah penat lelah selama mereka membesarkan anak-anaknya langsung tidak akan dihargai anak-anaknya selepas anak-anak tersebut berumah tangga? Ini adalah sesuatu yang tidak adil memandangkan mereka tidak merancang untuk mempunyai anak perempuan semuanya.


Di zaman sekarang telah berubah, semua perempuan telah berkerjaya, seharusnya kedua-duanya anak lelaki dan perempuan sama-sama membantu untuk menyara kedua ibu bapa mereka yang telah tua sebagaimana kedua ibu dan bapa telah menyara mereka semuanya.


Walaubagaimana pun sebelum apa-apa bantuan yang ingin diberikan, isteri perlulah meminta keizinan dan redha daripada suami, sesungguhnya seorang suami yang Mukmin tidak akan menghalang sekiranya isterinya ingin membantu dan memberi khidmat kepada kedua ibu bapanya yang memerlukannya. Isteri perlu faham bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami tetapi bagi anak lelaki redha Allah bergantung pada redha ibu bapa.


Sahabat yang dihormati,


Dalam Islam lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 


Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibu dan bapanya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala seorang perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.


Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tidak baik sedang suaminya membiarkan sahaja tidak menasihatinya maka dosanya ditanggung oleh suaminya.


Suami kena bagi nafkah pada isteri, sedangkan pendapatan isteri tidak perlu menanggung nafkah keluarga, walaubagaimana pun isteri boleh membantu meringankan beban suami.


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya (yang belum berkahwin).


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya (jika belum berkahwin), anak lelakinya dan saudara lelakinya.


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan empat syarat sahaja:


1. sembahyang lima waktu,


2. puasa di bulan Ramadhan,


3. taat suaminya dan


4. menjaga kehormatannya.


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah dan berdakwah dijalan Allah untuk mendapat redha Allah, tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala sama seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


Sahabat,


Keruntuhan rumahtangga dan penceraian yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita adalah berpunca daripada pasangan suami isteri yang tidak memahami hukum-hukum Islam. Mereka tidak memahami hak-hak sebagai suami atau isteri. Mereka meletakkan nilai kebendaan dan hawa nafsu dihadapan dan meninggalkan nilai iman dan taqwa sebagai nilai hidup mereka. Penceraian boleh berlaku hanya berpunca daripada perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah bila ada iman dan pemikiran yang resional.


Jika suami faham bahawa kesabaran, lemah lembut dan bertolak ansur itu adalah akhlak yang ditunjukkan Nabi s.a.w. ketika berada di dalam perselishan pendapat dengan isteri maka si suami akan mengutamakan akhlak ini kerana sungguh besar pahalanya disisi Allah s.w.t.Kerana cerai adalah perkara halal yang dibenci oleh Allah s.w.t. Elakkanlah penceraian jika masih ada jalan penyelesaian yang baik.


Dan juga kalaulah si isteri fahan bahawa betapa besarnya dosa derhaka kepada suami dan tidak akan dapat mencium bau Syurga, maka si isteri akan memilih untuk bersabar dan bertolak ansur semata-mata mencari redha Allah. Perlu diingat perasaan marah, keluarkan suara yang tinggi dihadapan suami, mengeluarkan kata-kata kesat dan ungkit mengungkit perkara lama adalah dari dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Syaitan memang suka perpecahan dikalangan keluarga Islam kerana dengan perpecahan ini banyak perkara-perkara negatif akan berlaku.


Kedua ibu bapa samaada di pihak suami atau isteri perlulah menjadi penasihat dan pendamai yang baik bukannya menjadi batu api untuk merosakkan rumah tangga yang telah dibina. Ibu bapa yang menjadi pemusnah rumah tangga bahagia anak mereka sendiri adalah mereka-mereka yang melakukan dosa besar dan menempah tempat duduknya di Neraka, nauzubillah. Sebagai orang tua perlu bersikap positif dan proaktif dan tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak jika berlaku perselisihan. Yang penting damaikanlah kerana sifat membantu dan memulihkan suasana tegang adalah sifat ibu bapa yang beriman dan bertaqwa.

Isnin, 5 Mac 2012

Persahabatan yang akrab tidak dapat dipisahkan melainkan kematian

Persahabatan…


Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.


Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
Secara ringkasnya…
1) Hak dalam harta
Dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya…… H.R dailami. Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara.
2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain2
Salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat. .Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia..dengan disertai wajah yang manis,ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa…..kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan drp kita.
Seorang ulama pernah berkata: Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia………Dalam hal ini Allah taala ade berfirman:
“Orang2 mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu” ayatullah ini menunjukkan supaya kita saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat2 kita.
3) Hak dalam lidah dan hati :
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik..seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban sahabat..bahkan perintah menutup aib org lain juga..perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia..Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya
” H.R Hakim”
Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah bersabda:”Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan org lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya H.R Bukhari.
Dengan berkata-kata pula,ialah saling nasihat menasihati,mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat2 dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini..kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya..agar selepas itu..sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
4) Hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu”
5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat:Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.
Begitulah secara ringkasnya..(banyak lagi sebenarnya)…
Sahabat2 yang di dalam rahmat Allah,
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam.Semua umat islam adalah bersaudara.Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi,hormat menghormati dan bantu membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak2 sebagai seorang sahabat . Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan.Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita.Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.
sebelum berundur..hayatilah maksud hadith ini..
“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”
sekian dulu.. sebarang kesilapan..harap diperbetulkan bersama..insyaAllah.
wallahua’lam..


Isnin, 21 November 2011

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling
dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. 

HARGAILAH MEREKA

Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki… Hargailah mereka seadaanya… kerna jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, lihatlah, bertapa bodohnya wanita itu…

Ahad, 20 November 2011

Dalil Perkahwinan

Terdapat banyak nas dan dalil Al-Quran serta hadis tentang galakan dan saranan perkahwinan serta peraturan yang berkaitan dengan pasangan suami isteri, antaranya ialah:

1) Dalil nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:


"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah SWT akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah SWT Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)

2) Dalam nas yang lain Allah swt berfirman yang bermaksud:

"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."

(Surah An-Nisa' 4 : 3)

3) Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)

4) Antara nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)